Monday, October 10, 2011

Bajet Belanja Kahwin?


Salam!
Act tajuk ni dah lam dipikirkan. Setiap kali member2 kahwin, selalu Epul akan tanya. Siap tanya detail pulak tu. Yelahkan, kalu ade jodoh pasni, kita pulak kan! Ini bukan bermakna Epul nk khwin dalam masa terdekat ni kan!

Act, pengurusan bajet utk kahwin ni memang kena buat betol2. Dan kenapa kebanyakan kepada kita nk buat meriah2, sbb ia kenangan terindah sebenarnya. Jadi tak rugi untuk kita laburkan sedikit untuk hari bahagia cume rugi kepada mereka yang tidak mampu tapi masih mahu buat besar2..

Bayangkan ini contoh bajet 7 thn lepas....




dan ini bajet kahwin sekarang~







waduh2!! pening tengok bajet ni dulu..! bajet diatas ni pun kire basic, belum campur kalu nk special sket kt sana sini! Lagi lah banyak... Ade jugak kawan2 yang dgr mak ayah tanggung, woohooo.. bestnya tapi kita fikir kita bestlah kan,,, time anak kita, kita plak kena tanggung kan...? kalu itu jd tradisi lah..

Kenkadang kita xboleh nak lepas tanggungjawab mcmtu je, dahlah mak ayah besarkan kita, kahwin pun mereka tanggung pdahal mereka bkerja siang malam dengan kudrat yang makin kurang! Ade jugak yang sanggup jual tanah kan, time anak kita, tanah mana lagi nak jual? betol x?

Untung mereka yang ade sponsor sana sini, dan ade jugak at last buat pinjaman dimana pinjam 20k dan bayar balik dp bank nk dekat 40 k! aduh2! takuuuttss! sbb menurut kata orang2 yang dah kahwin, perbelanjaan makin banyak selepas kahwin sbnarnya lagi2 bila dah ada anak! Dan ramai antara mereka nyesal wat loan untuk khwin. Mereka kata "anak masuk 4 pun , loan kahwin tak setel2 lagi" dan masa ni lah nak marah sana sini kalu majikan tak naik2 gaji kan?? LUMRAH~~~



Ramai antara mulut2 orang kita kata buat perkahwinan besar2 besarkan adalah MEMBAZIR! tapi sbenarnya bila orang tu mampu untuk adakan satu majlis besar2ran dan menjamu ramai orang itu tidak kira MEMBAZIR kerana mereka mampu dan tidak perlu tanggung hutang sbb perkahwinan tersebut! Spt CT Nurhaliza, mcm2 diperkatakan ttg wedding dia, tp she deserve it! Dia membanting tulang bkerja siang malam mencari rezeki dan dia layak untuk adakan wedding cmni..

Sebenarnya cube kita dgr suara HATI KECIL kita,  selalu terdetik utk buat perkahwinan idaman dan meriah lagi2 bila tgk wedding artis2.. , betol x? Cuma HATI BESAR kita selalu negativekan diri kita " buat ape buat besar2, membazir!" " Dia org kaya, boleh lah buat besar2" " Ish, kalu aku ada duit pun , xnk wedding mcmtu"

Wah! bebel panjang pula hari ni...! Bukan ape, just untuk bukak mata mana yang buat2 tutup mata! betol x? sebelum kita jd bahan umpatan orang! Epul just berpesan pd diri sendiri dan kwn2 sahaja! Semuanya terpulang pd diri masing2... kan?

Dunia semakin ke depan, semestinya juga kita harus ke depan, bila kita tidak mmbawa diri kita ke depan, sedar tak sedar kita dah jauh dibelakang....~


mau pengsan tgk wedding mcm ni..:---- cube bayangkan ini perkahwinan kita, tak rugi pun kalu kita bayangkan! amik yang patut shaja, buang mana xptt....Slamat menonton~


No comments:

..........