Wednesday, June 22, 2011

Muhasabah diri : Ce check diri kita!

Salam readers! 
Kehangatan Hong Kong masih terasa! Mana taknya, malam tadi semua melaram dengan barang yang dshopping dari HK! huhu.. Tapi topik hari ni bukan pasal Hong Kong, tapi pasal topik yang baru Epul dalami bila masuk biznes.


MUHASABAH DIRI


Korang mesti tau apa itu muhasabah diri kan? Kebanyakan dari kita masih tidak melakukannya~ Setiap hari kita mesti muhasabah diri. Seyesly ia perlu untuk kita baiki diri kita. Konfem diri kita tak boleh lari dari melakukan kesalahan tapi kita boleh mengurangkannya kan??


Kenapa kita selalu diduga??


Sentiasa kita mesti igt, orang yang selalu diduga adalah orang yang disayangi Allah. Kekadang kita rasa urusan kita jadi susah sgt. Cube fikir, pernah tak kita menyusahkan urusan orang? Selalu tak ade niat jahat pada orang? Pernah tak buat orang menunggu kita sampai berjam2? Pernah kita hiraukan panggilan fon orang? Kalu xde xpe lah, kalu ade cepat2 buang k....!Niat itu yang penting~




Kenapa selalu xde rezeki??


Ini jugak slalu ditanya. Selalu epul pikir pernah tak aku amik rezeki atau  hak bukan kepunyaan kita. Contoh: mencuri buah di ladang ke, terambil makanan kt umah orang walaupun umah kakak sendiri. Pernah tak? Kekadang kita rasa tabiat tu dah biasa. Lagi2 sekat rezeki orang. Ini selalu terjadi! Dulu masa nk join biz ni, ramai je yang down kan biznes ni pdhal tak buat lagi, Itu yang dinamakan sekat rezeki orang.Last2 Allah sekat rezeki kita,,! Kalu xde seperti yang disebut, maksudnya mesti ade rezeki besar Allah nk bg nanti.


atau


pernah tak kita buang peluang rezeki yang datang padi kita mentah2? siap ngutuk lagi bukan2.. MasyaALLAH, buang cepat2 sikap itu, takut sgt Allah tak murahkan rezeki kita, tapi hutang shaja yang makin banyak.


Kenapa kita jauh dari kejayaan?


Kita rasa ssh sgt nk berjaya dlm apa2 jua bidang. Cube fikir pernah tak kita SAKIT HATI tgk kejayaan orang? Pernah tak kita DOA BUKAN2 pd kwn kita? cth : "Tgklah satu hari, konfem biz dia jatuh punya". dan mcm2 lagi ayat. Pernah tak kita cerita keburukan orang yang bjaya? ce kite periksa balik... Kalu ade, cepat buang jauh dalam longkang! takut sgt sbb kejayaan tak kan pernah singgah dlm life kita.





Kenapa masih tak kahwin or dapat anak??


Ini selalu dipersoalkan. Selain masalah kesihatan, kita juga harus berfikir, bersediakah kita menjadi suami@isteri orang dan pikul tanggungjwb dengan baik. Bersediakah kita untuk menjadi ibu@bapa kepada seorang anak. Atau ada anak sorang pun nak mengeluh macam2? atau ade suami tapi sentiasa mengutuk belakang? MasyaALLAH!! yang penting JODOH itu rahsia ALLAH!




Kenapa kita tidak dihormat atau dipandang??


Ini selalu terjadi dalam masyarakat kita, Kalu Epul senang je. Jangan mengharapkan orang hormat kita kalu kita tak hormat orang. Jangan igt orang akan pandang kita tinggi bila kita meninggi diri. Lagi2 kalau dapat pangkat tinggi dalam pekerjaan, dengan saudara pun dah nak berlagak. Kita slalu jumpe orang mcm tu kan?? Sentiasa kena igt, apa yang kita ade sekarang semua datang dari DIA. Sekelip mata DIA boleh ambil balik.
Akhlak dan sikap yang baik sentiasa akan dipandang tinggi punya!






Entry kali ini memang dah lama ingin ditulis tapi hari ini bari semangat nak tulis. Entry ini ditulis untuk menegur diri Epul sendiri dan pembaca sekalian. Kalu ia diambil dari sudut positive, maka positive lah ia,kalu tak, sebaliknya lah.! Apa2 pun hidup ini sentiasa muhasabah diri dan last skali kita akan selalu bersyukur bila bermuhasabah diri. Okey????








"WHAT YOU GIVE YOU GET BACK"

2 comments:

aisya said...

berguna utk diri sendiri

Said Saiful Fazli said...

yup! kalu nk share, sy benarkan shja~

..........