Tuesday, November 2, 2010

Rahsia Bisnes Orang Cina


Hye geng!!
Sejak mule berniaga ni, saya dah mule minat membaca buku tentang perniagaan dan motivasi diri supaya kita tidak tersilap langkah. Our leader pernah cakap "buat ikut kehendak industri, bukan buat ikot suka hati". Bile fikir2 balik, memang betol dan kenapa orang kita ramai gagal dalam perniagaan mungkin kerana buat ikot suke. tapi memang betol kan? Buat setakat ni baru abis baca 5 buku....

Dalam buku Rahsia Bisnes Orang Cina ni, ade banyak baik yang boleh dikongsikan antaranya:

1) tidak pernah diajar untuk menjatohkan produk lain atau orang lain walaupun menjual produk yang sama. tapi orang kita lain..... sbb tu orang cine terus maju , sentiasa support each other!!

2) Orang yang pernah jatuh dalam biznes akan diangkat tinggi kerana orang cina akan tahu beliau akan bangun semula dengan menjadi lebih hebat. Orang cina percaya GAGAL merupakan GURU paling baik dalam bisnes..tapi janganlah korang mintak gagal dulu pulak...

3) Orang Cina akan jatuh bangun dalam jenis perniagaan yang sama bukan bertukar biznes. Macam Robert Kuok, beliau jatuh bangun dalam pernigaan gula sahaja. tapi orang kita lain beb, bila gagal je cakap " bukan rezeki saya dalam bidang ni....."

4) Tidak langsung letak perasaan PHD dalam diri kerana prinsip orang cina BENAR+JUJUR+SABAR= KEJAYAAN!!

tu je lah yang boleh dikongsi...xbleh banyak2, nanti owner buku ni banned pulak tp rasa tidak sbb sy ngah wat promotion buku beliau. Orang yang fikir negative je akan fikir mempergunakan BUKU dia..hahaha~~....

suke pada SITI NURHALIZA kerana beliau seorang usahawan yang sangat rendah diri tapi berwawasan. Beliau tidak pernah menjatohkan orang lain dan juga tidak mendedahkan tubuh beliau tapi beliau boleh jadi ARTIS NO 1 MALAYSIA.. Kalu ikotkan , beliau ada pakej yang lengkap tapi masih nampak biasa2..

Beliau merupakan pemakai PREMIUM BEAUTIFUL sejak tahun lepas..Cantikkan?
Oopss... takpekan guna gambar Kak Siti? jangan saman sy pulak bile guna gambar Kak Siti.. Sbnarnya sy ngah wat promotion nama Kak Siti ni...patutlah rezeki Kak Siti muraahhh~~


dan tokoh kedua adalah P.RAMLEE. Seorang pengarah , penyanyi, pelakon yang pernah terkenal satu ketika dulu. Kisah Usahawan dermawan ini telah diabdikan dalam satu dokumentari untuk disiarkan dalam HISTORY Channel yang diarahkan oleh Shuhaimi Baba. Ini sedutan dari PC program ini...


Astro jangan saman lak, sy cube promote produk u.. hehehe.

Doku tentang P.Ramlee disiarkan bermula 31hb Oktober di History Channel 555. Tontonlah doku ini, kisah perjalanan P.Ramlee yang tidak diduga dan tidak diketahui oleh kita selama ini....so sad~~!! Patut contohi beliau, sgt terkenal tapi rendah diri.

p/s: Mak saya and Kak Lini menitis air mata menonton doku ini.....

tapi ada sesetengah pihak yang rasa dia terkenal sikit tapi gaya macam artis paling popular dalam Malaysia.Cakap pun bongkak, adab pun dah xde.. Patutlah Tuhan tak bagi dia femes sgt, kalu dia setaraf Siti Nurhaliza, tak tahulah macammana gayanya.. Jalan chin up sampai tgk langit rasanya...hehehe.... maaf pada yg trasa.....


salam ~~~



2 comments:

Anonymous said...

wah....semoga bisnes anda berjaya ye...saya sentiasa doakan..

Said Saiful Fazli said...

tenkiu...

..........