Friday, September 17, 2010

Hilang lagi Mutiara Melayu : M.Rajoli


Kehilangan besar buat Malaysia dalam dunia seni. Beliau telah meninggalkan kita pada 10.43 minit malam tadi di Hospital Ampang kerana telah menghidap kanser di kalenjar otak dan lymphoma sejak 3 tahun lepas. Beliau yang biasa dengan watak komedi dan santai telah memikat hati disetiap lapis masyarakat. Beliau pernah terkandas dalam pengajian Al-hafiz di Pakistan kerana perang India-pakistan tetapi bersyukur kerana anak bongsu beliau merupakan Al-Hafiz sekarang.
M.Rajoli memang memiliki bakat yang luar biasa. Beliau mampu melakonkan watak ape sahaja. Seniman ini mule menceburkan diri dalam dunia lakonan dalam filem Esok Untuk Siapa arahan Tan Sri Jins Shamsuddin pada tahun 1975.
Kemunculan beliau dalam filem Matinya Seorang Patriot (1983) telah menimbulkan isu kerana melakonkan watak mabuk dan sedang berfoya-foya sedangkan belaiu merupakan seorang imam di masjid.

. Tapi saya percaya apa yang beliau cuba lakukan dan mesej yang hendak disampaikan kerana cara beliau berdakwah melalui filem dan drama.

Mesti kita akan merindui lakonan beliau.


Sedekahkan Al-Fatihah~
..........