Friday, August 20, 2010

Sekadar berkongsi~ Solat Jemaah

Salam Ramadhan~

Dalam bulan puasa ni, setakat hari ini, aku baru terlepas 4 kali Tarawikh. Sedih gak kan tapi tak dpt nak halang. Dan apa yang ingin aku kongsikan di sini adalah etika dan adab ketika berjemaah.

Aku meneliti sekarang ini, makin ramai tidak menghiraukan tentang etika ketika berjemaah. Yang paling teruk ketika aku bersolat jumaat di masjid berdekatan tadi..Untuk pengetahuan semua, dulu saya merupakan pelajar tahfiz separuh jalan di Selangor.huhu. So, ade beberapa pengetahuan yang saya dapat ketika di sana yang saya boleh kongsikan dengan anda semua.

1) Mengikut etika, kanak2 hendaklah berada di saf belakang. Tetapi sekarang, ayahnya selalu meletakkan anaknya disebelahnya dan menyebabkan tiada etika dan penghormatan pada org lebih tua. Macam tadi, saf ketiga dari depan dah ade budak2..ish2..~

2) Sikap tidak mahu memenuhkan saf hadapan. Sanggup kosongkan tanpa alasan. Kekadang orang tak nak ke hadapan sbb nak duk bwh kipas. Tapi ingat, kalu saf hadapan tidak penuh, maka sia-sia solat barisan belakangnya.

3) Ini yang selalu berlaku. Jika imam beri takbir untuk rukuk, biarkan imam habiskan takbir dan pegerakan, baru makmum ikot. tapi sekarang lain, imam belum sempat sujud, dia dah sujud dulu, lagi2 imam yang yang dah tua, pgerakannya nya lambat. Hati2~~

4) Barisan kita mestilah rapat. Ustaz saya dulu selalu pesan, hujung jari kaki mesti bersentuh dengan hujung jari kaki orang sebelah, bahu pun bertemu bahu. Ini kadangkala solat jemaah itu tidak diterima.

so, dengan melanggar etika di atas, solat jemaah kita hanya sia-sia.. jadi sila hati-hati..

Sekadar berkongsi,




USTAZ SAID SAIFUL
"renung2kan dan selamat beramal"

No comments:

..........