Sunday, August 8, 2010

buziest week~

Fuuhh~~~
Akhirnya berakhir minggu paling bz..
Dah lah di awal2 minggu lepas aku selsema, demam dan batuk.
Sehingga sakit badan.

Ni jadual minggu lepas;~

Sabtu dan Ahad~berada di Terengganu.
Isnin dan Selasa~Full Appointment
Rabu.~Jadi EMCEE di B32, Batu Caves
Khamis~Attend Seminar Diamond 2010
Jumaat~Drive dr Kuantan ke Kuala Lumpur semula atas urusan bank
Sabtu~Full Appoitment
Ahad~Attend Seminar SM/SSM di Menara PGRM Cheras.

Sorry pada sesiapa yang aku tak sempat jumpe. Memang penat tapi ingat kata2 Kak Ana, Allah sentiasa dengan orang yang berusaha dan Allah tidak zalim, pasti dia membalas usaha kita cuma masa menentukan bile.~

Saturday, August 7, 2010

Seminar Diamond II


Well Done~

Seminar kali ini lagi ramai dan meriah.
Dan apa yang istimewa, kehadiran CDM Kak Ana khas untuk slot terakhir dalam seminar ini.
Terima kasih CDM Kak Ju kerana memilih sy utk salah seorang jawatankuasa..
antara yg detik2 yg dirakam

sesi pra bgmbar

sesi tunjuk bakat
sesi makan
sesi expose kan diri~hehe

sambutan CDM Kak Ana

dengan idola saya. CDM Azlan

dengan geng2 kuantan~

Thursday, August 5, 2010

Emcee di B32

Waduh...waduh waduh..~~
3 hari sebelum hari kejadian pun dah rasa kegetaran.
Mana nak taknya, bercakap di Kelas B32 yang menjadi tumpuan satu Malaysia.
Btw, terima kasih kepada CDM Kak Lini kerana mempercayai saya untuk mengendalikan majlis ilmu dibawah giliran beliau pada rabu lepas.

uurgh! demam makin menjadi2 , sakit tekak yang amat, air mata xbhenti2 mengalir kerana panas dalam tapi dah janji dengan Kak Lini untuk bagi yang terbaik kerana ni setahun sekali je dapat bercakap kt depan..~~

Rasa dapat kendalikandengan ok walaupun ada byk cacat cela setelah tgk video balik~~huhu~~
dan rasa seronok sgt bile CDM Kak Na ckp

"Tahniah, bestlah kumpulan ni~"

ketika aku berucap~

cdm azlini dengan baju rekaan Rizman Ruzaini~

Sunday, August 1, 2010

Konflik: Noritake vs Vantage




Ingat sempena raya ni, nak hadiah kan something untuk rumah. Tapi xtau ape. Tetiba CDM Kak Lini tunjuk katalog set pinggan mangkuk Noritake dan Vantage. Aku kebingungan gak nak pilih mana...
vantage

noritake

Sesungguhnya aku tau Noritake lebih mahal dari Vantage, tp mak aku "hard fanclub" Vantage tapi aku kata "Noritake lawa gak, asyik Vantage je" .Timbul satu konflik di rumah..hahahaha. Kak Lini patut tunjuk satu katalog je hari tu, jangan lebih..hehehe gurau~~

*sedang tunggu keputusan penguatkuasa@mak aku..

Khutbah Terakhir Rasullulah~

Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.

(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)

teringin sangat2 untuk menziarah Makam Rasulullah dan solat di salah satu taman syurga iaitu RAUDHAH

makam RASULULLAH
RAUDHAH
..........