Showing posts with label Jutawan. Show all posts
Showing posts with label Jutawan. Show all posts

Tuesday, September 14, 2010

Hilang lagi Mutiara Melayu: Datuk Sosilawati


Datuk Sosilawati Lawiya

Syawal kali ini sayu pabila tanah melayu kehilangan seorang lagi mutiara dalam bidang keusahawanan. Beliau telah mengangkat martabat orang2 melayu lagi-lagi wanita dalam bidang perniagaan. Beliau merupakan seorang wanita yang amat cekal dan tabah dalam menghadapi persaingan dalam dunia kosmetik.Bekas kepada isteri penyanyi Nash ini memulakan perniagaan sejak berumur 34 tahun.
Dikira2 asetnya bernilai 100 juta dan dikhabarkan bahawa arwah merupakan seorang yang baik hati dan budiman kerana selalu menderma pada orang2 yang memerlukan.

Snap sane sini~

VIP turun utk membacakan Yassin

Suspek diarah menunjukkan semua bukti

bukti yang dijumpai

telah tertangkap dalang kepada semua ini..

Kejadian ini berlaku untuk mengingatkan kita yang supaya lebih berhati-hati dan sentiasa beringat mati tidak mengenal usia atau tempat kita. Takziah kepada keluarga Dato Sosilawati dan harap tabah menghadapi segala dugaan

Bagi aku , beliau telah meninggalkan keluarga dengan kehidupan yang terjamin kerana usaha beliau tidak pernah henti. Tahniah~
tapi..
KALAU KITA MATI DULU, APA YANG KITA TINGGALKAN KEPADA KELUARGA KITA??

Boleh lawati fesbuk peringatan kepada Datuk Sosilawati~

Takziah juga kepada keluarga 3 orang lagi yang terlibat

Sunday, August 22, 2010

Pesan orang Indonesia~


"Sembilan per sepuluh orang Malaysia telah melakukan kesilapan itu. Saya kata, anda patut jadi kaya. Anda tidak berhak untuk menjadi miskin. Hidup di Malaysia tetapi tidak kaya adalah malang. Adalah lebih malang lagi kerana anda sebenarnya boleh memilih untuk jadi kaya atau miskin. Malang sekali jika di sini anda memilih yang kedua. Malaysia menawarkan peluang yang sangat banyak. Anda patut kaya..." Diyono Santoso


Tertarik bile membaca Diyono Santoso yang datang ke Malaysia secara haram dan menggunakan duit dari maknya hasil dari menjual tanah sawah padi di Indonesia. Tahun pertama beliau bkerja di ladang kelapa sawit selama setahun tanpa gaji kerana ditipu. Dan beliau berhijrah ke Kuala
Lumpur dan memulakan perniagaan kecil di kotaraya tersebut. Hasilnya selepas 4 tahun beliau memiliki BMW 5 s, dan simpanan tetap RM 400,000. Akhirnya beliau pulang ke Indonesia membawa hasil lebih dari setengah juta...Kagum~
Beza 4 tahun lepas kita dengan beliau~~


kisah dipetik dari buku ini~


just for self-mastery~

Friday, July 30, 2010

orang nak jadi jutawan muda, bukan muflis muda!!


MUFLIS MUDA!!
Ramai eksekutif terjerat godaan kad kredit untuk hidup mewah

KUALA LUMPUR: Seramai 38,357 individu berusia 25 hingga 44 tahun diisytiharkan muflis di seluruh negara dalam tempoh 65 bulan sehingga Mei lalu, trend yang amat membimbangkan kerana status itu boleh menjejaskan masa depan golongan muda.
Ini bermakna
41 orang bankrap setiap hari yang antaranya berpunca daripada kegagalan menyelesaikan pinjaman sewa beli kenderaan, tidak dapat mengawal penggunaan kad kredit hingga banyak hutang tertunggak selain pinjaman peribadi.
Kebanyakan pemegang kad kredit di kalangan golongan muda menggunakan kemudahan itu untuk berbelanja barangan tidak penting, mewah serta mengeluarkan wang tunai untuk perbelanjaan harian. Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, berkata dalam tempoh itu, 80,348 kes direkodkan muflis membabitkan semua golongan.

“Sepanjang tempoh itu, golongan berusia 35 hingga 44 tahun paling ramai diisytiharkan bankrap".

Jika diambil kira jumlah tidak direkodkan iaitu merujuk kepada kes yang dilaporkan sebelum 2005, jumlah sebenar kes bankrap adalah 217,577 kes.

Laporan Khas oleh Mohd Aziz Ngah dan Alzahrin Alias
bminggu@bharian.com.my
2010/07/24

fakta nombor:
Jutawan Muda : 3898 orang
Muflis Muda : 38 357 orang


KALU DOK SEDOR LAGI DOK AHULAH!!!
CARI DUWET, BUKANG BUANG DUWET!!
..........