Wednesday, May 11, 2011

Petua Murah Rezeki

Salam. 
Appointment hari ni di KL terpaksa dibatalkan dan malam tadi pecut balik Kuantan kerana my mum masuk wad coz of darah cair. But this morning doktor dah start masukkan darah. Susah nak tidur malam tadi fikir pasal mak. Dan saya pulak satu2nya anak beliau dan baliau satu-satunya mak saya. Harap readers sume doakan mak saya lekas sembuh..Amin.


Hari ni just nak kongsi satu petua yang saya baru mula amalkan. Apa amalan yang patut kita buat untuk minta dari DIA YANG ESA bg murah rezeki as hambanya. Rezeki semua datang dari DIA dan apa yang kita ada sekarang semua dari DIA. Benda yang wajib kita mesti ada dalam diri adalah BERSYUKUR! tapi jangan salah anggap dengan konsep bersyukur ek.. bukan redha je apa yang dapat cume bersyukur dengan rezeki dari hasil usaha kita. Semakin tinggi usaha, semakin besar ganjaran. InsyaALLAH


So, petua yang nak saya kongsikan adalah dari sorang blogger jugak yang sedang menjalankan perniagaan. Alhamdulillah, beliau sekarang maju dengan biznes beliau.


"Alhamdulillah saya mendapat rezeki batiniah yang amat berguna untuk saya. Ilmu yang baik yang saya boleh gunakan untuk selamanya dan ianya adalah untuk kebaikkan.Alhamduillah petua murah rezeki yang saya amalkan itu amat berkesan."


 Sebenarnya terpulang pada hati masing-masing yang penting kita usaha. Kan? Antara amalannya adalah 


1) Selawat ke atas Junjungan Nabi 100x selepas setiap kali solat
2) Baca surah Al-Waqiah sebelum tidur
3) Puasa setiap hari isnin dan khamis.


Amalkan dia tanpa henti selama 40 hari. InsyaALLAH! Ia akan sebati dengan kehidupan kita. Kalau perempuan yang tidak boleh puasa atas sebab2 tertentu. anda boleh puasa at least 3 hari dalam sebulan. 


Apa-apa pun semua bermula dengan niat yang baik dan kesudahannya selalunya baik-baik..


Sekadar berkongsi! Sharing is Caring!





"Tuhan telah menetapkan rezeki kita. Bukan pada jumlahnya, tetapi pada syaratnya."

No comments:

..........