Thursday, November 11, 2010

Orang berjaya buat apa orang gagal tak buat.


Hye geng!!
hari ni just rasa ingin berkongsi abt something we shud know.

First!!
Tau tak, sebenarnya KEJAYAAN dan KEGAGALAN dipisahkan dengan satu titik sahaja iaitu KEPERCAYAN (KEYAKINAN) Adakah kita percaya kita akan berjaya? Ramai orang sekarang makin berjaya dan adakah kita sedang mengikut orang berjaya atau orag gagal?

dan sebenarnya tiada tengah2! Antara dua je BERJAYA vs GAGAL. Kalu kita berasa kita tengah2, kita sebenarnya ke arah gagal umpama seperti ombak yang memukul di persisiran pantai, sentiasa menarik kita ke dalam laut.~dan sepatutnya kita berada di atas bukit iaitu bersama orang berjaya. So, kena yakin kita akan berjaya!! Yakin je!!


Second!!
Orang berjaya mesti cintakan ILMU kerana ILMU dan berjaya memang tidak dpt dipisahkan. Jom Lihat:
Apa beza cekgu dan doktor?
Kenapa gaji guru lain dengan pengetua?
Kenapa tokey gula lagi kaya dr tokey garam?
Kenapa Doktor lebih dihormati dari Nurse?

semuanya sebab ILMU!!!
Kalau ilmu anda lebih, konfem lebih banyak ganjaran~~betol x?

Third!!
Pandai ambil peluang. Orang gagal memang x suka mengambil peluang. Mungkin kerana dianggap semua penipuan, kegagalan dan selalu anggap rezeki orang lain, bukan untuk dia. Guys!! Peluang datang pada orang terpilih sahaja dan itu semua ketentuan dr DIA tapi kita masih tidak percaya walaupun dah banyak bukti!!

Fourth!!
Orang berjaya selalu berimiginasi dan ber impian dan terus bertindak. Orang gagal selalu cakap "tidak bersedia" " Aku suka angan2 je" dan kekadang takut nak buat impian. Kenapa perlu takut? ada anjing nak kejar?? padahal tak perlu guna duit pun. Jangan selalu berfikian negative pada diri sendiri,kesian diri sendiri!

Fifth!!
Ada estimate masa. Setiap impian mesti ada estimate masa. Bila nak ada rumah? Bila nak pergi haji and umrah? Bila nak kahwin (yg ni mmg ramai suke buat estimate masa) . Bila nk naik pangkat? Sentiasa tanamkan dalam diri anda dan janji pada diri utk mecapai sesuatu sebelum had masa yang ditetapkan. Baru kita hargai hidup kita. Semakin hari semakin tua dan hari2 berlalu begitu cepat tapi masih di keadaan yang sama!

Hari ni entry sekadar ingin berkongsi!!
Hargai diri anda beb! dan kita hanya hidup sekali seumur hidup!! Harga diri anda memang tak ternilai. Gunakan beb!!

fakta dipetik dari motivater n jutawan terunggul; SITI ROHANA!!

enjoy your life!!




p/s: Allah has promised to reward our efforts, so do not be afraid to work hard because of the promise of Allah. Dont you believe in the promises of Allah??

No comments:

..........