Saturday, October 16, 2010

Cerita Suzana ..bacalah..~


Oh Suzana~~

Suzana ini merupakan seorang kerani bank yang sangat pintar tapi bosan dengan kerjanya. Setahun beliau berkerja tapi rasakan tidak puas!! Beliau tertarik dengan seorang kakak ni yang selalu datang ke bank untuk membuat simpanan. Kakak ini merupakan seorang peniaga di pasar malam.

Suzana ini sangat teruja dengan kakak ni dengan simpanan yang tinggi dan kereta yang dipandu. Beliau nekad untuk belajar berniaga dan mengikut kakak ini berniaga di pasar. Hari pertama beliau kerja, beliau tak sangka jualan yang sangat memberansangkan. Sebelah gerai kakak itu ade seorang pelajar yang menjual kacang kuda. Jualannya juga positif. Suzana semakin seronok dan semakin pandai berniaga.

Akhirnya Suzana nekad untuk membuka gerai sendiri dan menjual mee goreng, kuey tiaw, nasi goreng. Jualan suzana meningkat dari hari ke hari. Petang itu sahaja , jualan menjadi RM408. Pengalaman itu sunggu memberi kesan pada Suzana.

Rupanya, kegiatan Suzana selama ini tidak diketahui maknya. Seorang jiran yang ternampak Suzana berniaga terus memberitahu maknya. Maknya hampir pengsan mendengar anaknya seorang penjaja. Suzana dipanggil maknya. Suzana bertanya "kenapa mak tak bagi, takut jualan saya tak laku ke? " mak dia menjawab " bukan takut tu, takut kamu tak laku" Suzana terus bekeras kepala untuk berniaga dan membuat keputusan untuk berhenti 24 jam. Maknya hampir gila sehingga meminta air tawar dari uztaz unyuk melembutkan hati Suzana.

Setelah 3 bulan, mak Suzana memanggil Suzana dan semua adik beradik lain untuk lakukan "turning over" terhadap Suzana. Setelah berdebat hampir dua jam, Suzanak mengambil buku simpanan dan tunjukkan pd maknya. Terkejotnya maknya simpanan nya RM 12 000!! Kalu Suzana terus bekerja di bank, takkan ade simpanan sebanyak ini. Suzana memberi tahu , pelajar yang jual kacang kuda tu pun ade simpanan RM5000. Terkebil2 abangnya mendengar.

Lihat sendiri betapa sempitnya pemikiran orang2 kita terhadap orang yang menceburi perniagaan. Padahal bidang itu boleh mengubah seluruh kehidupan seseorang. Biar tiada pangkat, tiada hormat tapi mampu bantu keluarga daripada ade pangkat tapi tak mampu berbuat ape2.

Sekadar berkongsi,

kisah dipetik dari buku MENJEJAKI JUTAWAN SENYAP by Dr Rusly~



No comments:

..........