Friday, July 30, 2010

orang nak jadi jutawan muda, bukan muflis muda!!


MUFLIS MUDA!!
Ramai eksekutif terjerat godaan kad kredit untuk hidup mewah

KUALA LUMPUR: Seramai 38,357 individu berusia 25 hingga 44 tahun diisytiharkan muflis di seluruh negara dalam tempoh 65 bulan sehingga Mei lalu, trend yang amat membimbangkan kerana status itu boleh menjejaskan masa depan golongan muda.
Ini bermakna
41 orang bankrap setiap hari yang antaranya berpunca daripada kegagalan menyelesaikan pinjaman sewa beli kenderaan, tidak dapat mengawal penggunaan kad kredit hingga banyak hutang tertunggak selain pinjaman peribadi.
Kebanyakan pemegang kad kredit di kalangan golongan muda menggunakan kemudahan itu untuk berbelanja barangan tidak penting, mewah serta mengeluarkan wang tunai untuk perbelanjaan harian. Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, berkata dalam tempoh itu, 80,348 kes direkodkan muflis membabitkan semua golongan.

“Sepanjang tempoh itu, golongan berusia 35 hingga 44 tahun paling ramai diisytiharkan bankrap".

Jika diambil kira jumlah tidak direkodkan iaitu merujuk kepada kes yang dilaporkan sebelum 2005, jumlah sebenar kes bankrap adalah 217,577 kes.

Laporan Khas oleh Mohd Aziz Ngah dan Alzahrin Alias
bminggu@bharian.com.my
2010/07/24

fakta nombor:
Jutawan Muda : 3898 orang
Muflis Muda : 38 357 orang


KALU DOK SEDOR LAGI DOK AHULAH!!!
CARI DUWET, BUKANG BUANG DUWET!!

1 comment:

Unknown said...

hi.. sy br dlm PB world ni..

nanti blh sy copy sikit info from ur blog? minta izin ni..

..........